Sunday 9 December 2012

Jom Mengenal Penyakit Autisme ( ^ ^,)v


Bismillahirrahmnirrahim...


Alhamdulillah..setelah hampir tujuh bulan menamatkan pengajian sesi Diploma di Kolej Universtiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), kini saya sedang mengorak langkah untuk menimba pengalaman demi memenuhi masa lapang daripada terbuang begitu sahaja... sementara mencari peluang dan rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah..insyaAllah.. :) . Seperti biasa pada waktu2 cuti semester ketika masih belajar, pekerjaan yang menjadi pilihan untutk mengisi masa dan ruang adalah menjadi pengasuh di Nursery...antara Nursery/ Taska yang pernah menjadi tempat untuk mencurahkan bakti yang tidak seberapa ialah Tadika/Taska Permata Ummi Kg.Melayu Subang dan juga Tadika/Taska Delima Ilmu Subang Bestari...kedua2nya memberikan pengalaman bermakna yang berbeza didalam hidup saya. Dan kini, segala pengalaman yang pernah ditimba di kedua2 taska tersebut kucuba terapkan pula di  Rhyn Nursery. Nursery yang telah dibuka oleh mak cik saya sendiri.

Namun.. saya tidak berfikir untuk mengulas lebih panjang mengenai pengalaman sepanjang berkhidmat disitu. Tapi, apa yang menarik di Nursery ini yang ingin saya kongsikan bersama adalah dengan kehadiran 4 orang anak-anak istimewa yang mana masing-masing menghidapi penyakit Autisme, Down Syndrom, Cerebral Palsy dan Myopathy. Mungkin bagi penyakit Down Syndrom sudah sinonim dalam kehidupan kita kan..?? :) Tapi mungkin tidak bagi penyakit Autisme , Cerebral Palsy dan Myopathy .. dan saya yakin masih ramai yang  tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu mengenai penyakit istimewa ini...dan saya merasakan ilmu serta kesedaran tentangnya perlu diperluaskan lagi.....agar ianya tidak menjadi perkara asing dalam kehidupan kita (^^;)

Pun begitu, di dalam slot ini, saya lebih tertarik dan ingin memfokuskan perbincangan mengenai penyakit istimewa Autisme. Sejenis penyakit yang banyak melanda  dikalangan kanak2. Peratusnya kian   meningkat namun tidak ramai yang menyedari dan mengetahui tentangya. Pertama kali saya mendengar tentang penyakit ini adalah ketika mula berkhidmat di Tadika Peramata Ummi (mungkin klu tidak kerana bekerja disitu..sampai skrg masih tak thu.. :) )..salah seorang ibu lepada kanak2 disitu memberitahu bahawa anaknya disyaki menghidap Autisme..(sebab kemampuan bertutur agak lambat walaupun umurnya sudah  hampir mencecah 4 tahun) namun Alhamdulillah..setelah melakukan dan mengikuti beberapa kelas terapi..anaknya disahkan normal..cuma hanya sedikit lambat untuk belajar bertutur...sejak itu, lahir rasa ingin tahu dalam diri saya untuk lebih memahami dan menyelongkar mengenai penyakit Autisme ini...Oleh itu, timbul satu inisiatif dan kesedaran dalam diri saya untuk mengajak para pembaca agar bersama-sama menerokai dan mengenali penyakit istimewa ini...mungkin tidak penting bagi sesetengah pihak...tapi bagi saya adalah amat penting untuk kita mengetahuinya :) sekurang2nya kita dapat memahami apa itu penyakit Autisme sebenarnya... :)

Saya hanya akan membuat huraian secara ringkas bagi memudahkan pemahaman para pembaca berdasarkan maklumat yang saya petik daripada  beberapa website mengenai Autisme...( Link website turut disertakan sebagai rujukan dan bagi kupasan yang lebih lanjut.) Beberapa point saya akan cuba kaitkan dengan pengalaman dan pemerhatian yang telah saya lakukan ke atas seorang kanak2 Autisme di Rhyn Nursery: Puteri Damia :)
 _________________________________________________________________________________

APA ITU AUTISME ??




AUTISME- Always Unique..they Totally Interesting but Sometimes so Mysterious to be usnderstand.. :)

-LOVE THEM, KNOWING THEM N WALK WITH THEM-


Definisi AUTISME :

Autisme membawa maksud satu gangguan dimana kanak-kanak mengalami masalah didalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan/bukan lisan), tingkah laku terhad dan berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar. [cth:kipas. ]
_________________________________________________________________________________

Pada USIA bilakah penyakit ini dapat dikesan ??

Biasanya, simptom penyakit ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.
---> http://www.nural.com.my/BM/autism.html,

( Seperti Mia, ibunya hanya dapat mengesan anaknya menghidap Autisme ketika Mia berusia 4 tahun...ini kerana ketika bayi Mia kelihatan sangat NORMAL dan membesar sepertimana kanak2 lain...simptom hanya mula kelihatan sangat ketara apabila Mia mencecah umur 4 tahun..)

_________________________________________________________________________________

Apakah SIMPTOM2 Autisme ??

Simptom2 AWAL Autisme: ----> http://www.excelqhalif.com/2012/09/23/kenali-petanda-anak-autisme/




Kesukaran Berinteraksi --> tanda UTAMA dalam Autisme. Seawal bayi lagi, kanak-kanak yang menghidapi masalah Autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.

Mereka gagal memberi respon apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ia mudah. Ini kerana mereka gagal mentafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan.( Sepertimana Mia, ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Nursery, dia tidak memberikan respon apabila namanya dipanggil....dan tidak menjawab apabila ditanyakan soalan..namun Alhamdulillah.. selang beberapa bulan berada di Nursery..Mia sudah boleh memberikan respon apabila namanya dipanggil..dia akan berpaling ke arah kita setelah beberapa kali namanya dipanggil.. cuma kebolehan untuk berinteraksi/komunikasi tidak ada)


Mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.--> Tidak suka bermain dalam kumpulan, lebih suka berada dalam 'dunia' mereka sendiri, kadangkala ketawa,dan mencedarakan diri tanpa sebab, menjadi agresif apabila ditegur untuk berhenti. (Mia tidak suka bermain didalam kumpulan..dia lebih suka mundar-mandir didalam nursey dan selalunya [non-stop movement]..sentiasa berjalan..hanya akan berhenti seketika kemudian mengulang kembali perilakunya dan adakala mia akan ketawa ...suka menghempas pintu...menendang dinding ...dan akan marah apabila ditegur...menangis dan muram apabila inginkan sesuatu...)


Mereka tidak suka perubahan samada drastik/tidak, terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. (Kadang2..Mia akan nangis atau marah apabila tiba ke Nursery.....walaupun sebelum tiba moodnya dalam keadaan baik...Mia juga tidak suka dipaksa seperti makan,baring,tidur atau mandi...dia kadangkala akan bertindak agresif seperti memukul..menangis dan menjauhkan diri...)



Uniknya, ada sebahagian daripada mereka kurang sentsitif terhadap rasa sakit namun lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa).Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk. (Seperti Mia...mia akan tetap berjalan walaupun dikakinya ada luka..tidak akan menjerit apabila luka/lebam pada tubuhnya disentuh...namun mia tidak suka dipeluk..dan kadangkala menjauhkan diri apabila kita cuba mendekati...)


Gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau menghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. (Mia gemar meletakkan tapak tangannya ke mulut kemudian memutarkan rambut..perbuatan itu akan dilakukan berulang kali setiap hari....dia juga gemar memusing-musingkan badannya...memukul pintu dan adakala menyebut perkataan pelik yang tidak difahami berulang kali cth: shalah..mia..shamia...syudah..)


Mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. ( Apabila mia menginginkan sesuatu...atau tidak selesa..dia akan menyebut perkataan 'Mia'..berulang kali),
















No comments:

Post a Comment