Friday 17 May 2013

Pesan Imam Al-Ghazali..



























Indeed....LIE  Burns....TRUTH  Hurt...n....REALITY Bites....
But....

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 70 dan 71: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara). Supaya Ia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu".

Hadith Rasulullah s.a.w yg bermaksud.."Apabila Allah menghendaki seorang hambaNya mendapat kebaikan, Ia buka kunci hatinya dan menjadikan dalam hati itu rasa keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, dan Ia menjadikan hatinya sentiasa sedar tentang liku-liku hidup yang dijalaninya dan Ia jadikan hatinya sihat sejahtera, lidahnya bercakap benar, tingkah laku, gerak geri dan perangainya lurus. Juga Ia menjadikan telinganya mendengar kebenaran dan matanya melihat hakikat kenyataan"...


Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w  : “Berkata benarlah walaupun ia pahit”
[Riwayat Ibn Hibban] 

*Ketahuilah duhai akhi wa ukhti yg dikasihi....Allah sngat sayangkanmu.....sangat sayang...kerana itu...jujurlah dalam perbuatan perkataan....Manusia tidak tahu....tapi Allah itu Maha mengetahui.... :) dan pahala yang besar jualah disisi Allah yang Esa....GOOD THING start from ur heart...again; YOUR HEART... :)


Belajar dan menimba ilmu bersama mereka...kupu2 syurga..kita memberi....kita menerima... Kita mengajar dan kita juga belajar.... :)

GURU, MULIANYA PENGORBANANMU....


Terima Kasih Murobbiku, Mursyidku, Mua'ddibku, Mubalighku, Mudarrisku, Mua'limku...Terima kasih GURUku....sesungguhnya...amat mulia PENGORBANANMU...

Especialy to all my lovely teachers... SK JAWI-JAWI (1999-2003), SMKA TUN SAID ( 2004-2008), Kolej Univerisiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS (2009-2012)....dan seluruh murobbi yang sentiasa dan pernah hadir dalam membimbing sepanjang perjalanan hidupku......Barakallahulakuma wabarak a'laikuma...

**********************************


“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )


“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )


*Sesungguhnya ILMU  adalah harta yang paling bernilai dan tidak ternilai harganya....terima kasih GURU, SELAMAT HARI GURU... :)