Monday, 25 February 2013

Tinta Hati Siti Hawa



BUAT KAMU…
Buat kamu yang mengenali diri ini…
kemaafan kupinta zahir dan batin…
kerana… kadangku tk sedar dimana khilafku…
Sehingga terguris hati nan lembutmu….
Dalam tawa mesra…dalam sedu…dan dalam diamku…dalam tajam tutur kataku…
Sungguh bukn niatku…ingin melukai….walau sesiapapun yg pernah dan ada disisiku…
Atau menjadi serangga yang ingin menganggu debunga bahagia hidupmu….
Hakikatnya….ku jua seorang insan yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan…
Yang sedar bahawa diri ini penuh dengan dosa yang tidak terlihat…
Yang sedar betapa naifnya diri ini…..
SUNGGUH…..aku adalah sang HAWA…
yang kini masih dalam perjalanan pencarian diri…
Yang masih mematri cebisan hati yang pernah hilang….
Yang masih bertatih mengejar ilmu….
menjadi kepompong dan menyendiri
Mengisi kembali hari-hari yang pernah terbuang….
Merenung kembali kenaifan dan khilaf dimasa lalu….
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati…
hingga tiba waktunya…ku ingin menjadi seperti kupu-kupu yang terbang menari
dapat melantun kebaikan di antara bunga,…
menebar keindahan pada dunia….
mengambil cinta dari langit…
lalu  menebarkannya di bumi….
 Agar bersama kita nikmati…manfaat hidup kurniaan ILLAHI…

[Annis@syikin_2013]

No comments:

Post a Comment