Monday, 25 February 2013

CINTA dan KESEDIAAN... sudah sediakah anda??


..:”Hakikatnya…CINTA itu bukan hanya tentang PERASAAN….tapi CINTA itu juga perlu dengan kesediaan”….. [Hilal Asyraf]



Dalam hati kecil seorang hamba yg pasrah, dia berdoa :
Ya Allah..Daku redha….seandainya Allah melambatkan jodoh hidupku….Ar-Rahman maha mengetahui…waktu yang terbaik untukku…dan waktunya akan tiba jua suatu hari nanti….hakikatnya..DIA ingin aku terus belajar…dan menimba ilmu tentang kehidupan….agar diri ini lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lbih besar…suatu hari nanti…


BERKAHWIN??  APA TUJUAN SEBENAR AKADMU??
PERKAHWINAN….bukan hanya tentang tujuan untuk mencari pasangan hidup….tetapi ianya adalah tentang bagaimana untuk membina sebuah bahtera kehidupan….tentang siapa nakhodanya…dan bagaimana pelayarannya dikendalikan disaat laut tenang dan bergelora…serta destinasi apakah yang menjadi pilihan….semuanya memerlukan ilmu yang sangat mendalam…..dan tugasnya…bukan semudah yang disangkakan..berkahwin bukan hanya  atas dasar cinta semata-mata...tetapi ianya berkisarkan tetang tanggungjawab yang bakal dipikul dan perlu dilaksana sebaiknya.....menjadikan keluarga sakinah sebagai matlamat....ke arah jalan yang diredhai Allah.....kerana itu…..CINTA itu bukan hanya tentang PERASAAN….tapi CINTA itu juga perlu dengan kesediaan…..


ISTERI SEBAGAI AMANAH BUAT SUAMI
ZAUJAH…..ya…zaujah membawa maksud kpd ISTERI….dan ISTERI bukanlah hanya tentang menjadi teman hidup kepada seorang SUAMI….tetapi ianya tentang bagaimana kesediaan hati dan diri   kita mentaati dan melaksanakan tugas sebagai seorang isteri yang baik dan solehah kepada suami….setia bersama dissat susah dan senang…menerima & menyayangi dia serta keluarganya seadanya….kerana …apabila dtg sorang Adam melamar seorg Hawa untuk menjadi isterinya…dan kemudian si Hawa bersetuju,,,maka..disaat itu…kita bukan sahaja perlu bersedia untuk menyayangi dan menerima dirinya ..tetapi disaat itu kita juga perlu besrsedia untuk menerima ..menyayangi dan menghormati keluarganya…kedua ibu dan ayahnya…sebagaimana kita menghormati dan menyayangi kedua org tua kita…kerana merekalah yang telah membesarkan dia…dan kemudian mengizinkan dan memberikan kepercayaan kpd kita untuk menjadi sayap kiri dalam menemani perjuangan hidup putera mereka…dan setiap apa pun kekurangan yang ada pada keluarganya perlu kita terima dngn hati yang ikhlas dan redha……
Dan disaat itu jugalah….tanggungjawab kedua orang tua kita terhadap diri kita telah terurai…..dan diri kita menjadi AMANAH buat suami…dan ketika itu jugalah  pintu syurga kita beralih arah…daripada seorang ibu kepada seorang suami…maka dengan itu…laksanakanlah tanggungjawabmu dengan sebaiknya walau apa jua keadaannya selagimana ia tidak bertentangan dengan hukum syara'….kerana itu…CINTA itu bukan hanya tentang PERASAAN….tapi CINTA itu juga perlu dengan kesediaan…..

MENJADI SEORANG IBU….
Menjadi seorang ibu bukanlah satu tugas yang mudah…perlukan ilmu yang mendalam dan kesabaran yang sangat tinggi….semua orang boleh menjadi ibu….tp tidak semua yang benar2 mampu menjadi seorang ibu yang Mithali buat anak-anak….
Ibu kita adalah contoh terbaik yg pling hampir dngn kita…lihatlah bagaimana mereka mendidik dan mengasuh kita dengan penuh sabar dan kasih sayang hingga menjadi insan yang berjaya dan berguna…..menjadi ibu tidaklah semudah menyebutnya…..IBU……besar tanggungjawabnya…. tugas seorang ibu bukan hanya sekadar mendidik anaknya tentang hal duniawi…tetapi menerapkan nilai-nilai islami dan akhlak dlm diri anak-anak….dan untuk membentuk anak-anak yang benar-benar mengikut acuan Islam dan Al-quran….tidaklah semudah yang dibayangkan…..anak-anak adalah merupakan amanah..dan bukannya hak kita….kerana itu seharusnya ia dijaga..diasuh….dididik….dan disayangi dengan sebaiknya…kerana mereka adala anugerah yang tidak ternilai yang Allah kurniakan buat kita…mudah untuk kita menjelaskan peranan seorang ibu….hakikatnya sukar untuk melaksanakan tanggungjawab itu apabila kita ssndiri sudah merasai bagaimanakah rasanya menjadi seseorang Ibu….KERANA itu……….CINTA itu bukan hanya tentang PERASAAN….tapi CINTA itu juga perlu dengan kesediaan…..

*****************************************************************
 Nasihat dari Naskhah cinta Al-Quranul Karim :
“Maha suci Allah yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
[Surah Yaasin, ayat 36 ]

 “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. Supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir.”  
[Surah Ar-Ruum, ayat 21]

“Dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan menjadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertakwa.”
[Surah Al Furqaan, ayat 74]

*******************************************************************
Imarahkan Masjidmu…..kerana keindahan dan kemeriahan sesebuah masjid bukan bergantung pada gahnya binaan..pada indahnya hiasan…tetapi pada pengisian dan aktiviti agama yang ada padanya….walau zahirnya masjid itu tampak biasa2 sahaja….namun ianya akan nampak lebih indah dan berseri bila diimarahkan….selamat berjuang…duhai akhi wa ukhti..
Cinta sahaja tidak membawa apa2 maksud….jika akal dan iman masih belum sedar..bahawa cinta terbukti apabila kita melaksanakan yang amanah dengan sebaiknya..Lillahi Ta’ala…maka, ikhlaskan hatimu kerana mencari redha Allah :)

_Annis@sykin_2013_

No comments:

Post a Comment