Kenali Autisme :)


Bismillahirrahmnirrahim...

Assalammualaikum kepada sidang pembaca..first of all...terima kasih kerana sudi bertandang ke blog yg tidak seberapa ini.. :) Alhamdulillah...Berikut adalah sekadar perkongsian sedikit maklumat mengenai penyakit istimewa AUTISME..

Why we must know about Autisme ?? 

Autisme adalah sejenis penyakit yang banyak melanda dikalangan kanak-kanak masa kini. Peratusnya kian meningkat..namun masih ramai yang belum mengetahui atau tidak ingin mengambil tahu mengenainya. Autisme dalah sejenis penyakit yang agak complicated namun sangat2 menarik jika diterokai dan kesedaran tentangnya perlu ada. Oleh itu,saya ingin mengajak para pembaca untuk menyelami dan menerokai apakah yang dimaksudkan dengan penyakit AUTISME itu sebenarnya agar ia tidak menjadi sesuatu yang asing dalam hidup kita....semoga bermanfaat... (^^,)v

* Saya bukanlah seorang DOKTOR..mahupun seorang GURU pendidikan khas..saya hanyalah insan yang ingin membantu dalam menyebarkan sedikit ilmu tentang istimewanya AUTISME... :) _WE CARE,WE LOVE_THEN WE SHARE.

_________________________________________________________________________________

**********************

Saya hanya akan membuat huraian secara ringkas bagi memudahkan pemahaman para pembaca berdasarkan maklumat yang saya petik daripada  beberapa website mengenai Autisme...( Link website turut disertakan sebagai sumber rujukan dan bagi kupasan yang lebih lanjut.) Beberapa point saya akan cuba kaitkan dengan pengalaman dan pemerhatian yang telah saya lakukan ke atas seorang kanak2 Autisme di Rhyn Nursery:~~  Puteri Damia :)


APA ITU AUSTISME ??




AUTISMEAlways Unique..they Totally Interesting but Sometimes so Mysterious to be understand.. :)

-LOVE THEMKNOWING THEM N WALK WITH THEM-



_________________________________________________________________

Definisi AUTISME :

  • Autisme membawa maksud satu gangguan dimana kanak-kanak mengalami masalah didalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan/bukan lisan), tingkah laku terhad dan berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar. [cth:kipas. ]

Pada USIA bilakah ia dapat dikesan ??

  • Biasanya simptom Autisme hanya dapat dikesan pada usia awal tiga tahun.

( Seperti Mia, ibunya hanya dapat mengesan anaknya menghidap Autisme ketika Mia berusia 4 tahun...ini kerana ketika bayi Mia kelihatan sangat NORMAL dan membesar sepertimana kanak2 lain...simptom hanya mula kelihatan sangat ketara apabila Mia mencecah umur 4 tahun..)


Peratus kanak2 yang menghidapi  Autisme ??



--->  http://www.nural.com.my/BM/autism.html,
---> http://alkindi10autisme.blogspot.com/p/kelab-anak-autisma.html
---> http://www.excelqhalif.com/2012/09/23/kenali-petanda-anak-autisme/
_________________________________________________________________________________

Apakah SIMPTOM2 Autisme ??











Simptom2 awal Autisme :

  • Kesukaran Berinteraksi --> tanda UTAMA dalam Autisme. Seawal bayi lagi, kanak-kanak yang menghidapi masalah Autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
  • Mereka gagal memberi respon apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ia mudah. Ini kerana mereka gagal mentafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan.( Sepertimana Mia, ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Nursery, dia tidak memberikan respon apabila namanya dipanggil....dan tidak menjawab apabila ditanyakan soalan..namun Alhamdulillah.. selang beberapa bulan berada di Nursery..Mia sudah boleh memberikan respon apabila namanya dipanggil..dia akan berpaling ke arah kita setelah beberapa kali namanya dipanggil.. cuma kebolehan untuk berinteraksi/komunikasi tidak ada)
  • Mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.--> Tidak suka bermain dalam kumpulan, lebih suka berada dalam 'dunia' mereka sendiri, kadangkala ketawa,dan mencedarakan diri tanpa sebab, menjadi agresif apabila ditegur untuk berhenti. (Mia tidak suka bermain didalam kumpulan..dia lebih suka mundar-mandir didalam nursey dan selalunya [non-stop movement]..sentiasa berjalan..hanya akan berhenti seketika kemudian mengulang kembali perilakunya dan adakala mia akan ketawa ...suka menghempas pintu...menendang dinding ...dan akan marah apabila ditegur...menangis dan muram apabila inginkan sesuatu...)
  • Mereka tidak suka perubahan samada drastik/tidak, terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. (Kadang2..Mia akan nangis atau marah apabila tiba ke Nursery.....walaupun sebelum tiba moodnya dalam keadaan baik...Mia juga tidak suka dipaksa seperti makan,baring,tidur atau mandi...dia kadangkala akan bertindak agresif seperti memukul..menangis dan menjauhkan diri...)
  • Uniknya, ada sebahagian daripada mereka kurang sentsitif terhadap rasa sakit namun lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa).Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk. (Seperti Mia...mia akan tetap berjalan walaupun dikakinya ada luka..tidak akan menjerit apabila luka/lebam pada tubuhnya disentuh...namun mia tidak suka dipeluk..dan kadangkala menjauhkan diri apabila kita cuba mendekati...)
  • Gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau menghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. (Mia gemar meletakkan tapak tangannya ke mulut kemudian memutarkan rambut..perbuatan itu akan dilakukan berulang kali setiap hari....dia juga gemar memusing-musingkan badannya...memukul pintu dan adakala menyebut perkataan pelik yang tidak difahami berulang kali cth: shalah..mia..shamia...syudah..)
  • Mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. ( Apabila mia menginginkan sesuatu...atau tidak selesa..dia akan menyebut perkataan 'Mia'..berulang kali dengan ekspresi muka yang muram..)


Ciri-ciri anak Autisme








________________________________________________________________

Sebab anak Autisme berkelakuan negatif:



Perbandingan dengan situasi Damia :

Mia akan berkelakuan negatif apabila :

- Merasa tidak selesa [seperti telah membuang air besar]. Mia masih lagi menggunakan lampin pakai buang di usia 6 tahun. Disebabkan Mia tidak tahu untuk meyampaikan secara lisan apabila merasa tidak selesa setelah membuang air besar...Mia akan kelihatan muram..menangis.. marah..atau kadang2 akan datang ke arah kita dengan ekspresi muram seolah-olah menginginkan sesuatu...


- Dipaksa untuk mandi. Mia akan marah apabila kita mendekati dan memaksanya untuk mandi dan kemudian melarikan diri..kadangkala ia akan memukul...[namun tidak berniat utk mencederakan] ianya hanya sebagai petunjuk bahawa Mia TIDAK suka/mahu...begitu juga apabila hendak dipakaikan baju.

- Apabila terlalu hepi/gembira. Apabila Mia dalam keadaan senang hati...Mia akan ketawa...namun suka menghempas pintu dan memusingkan dirinya. Kadangkala Mia akan cuba untuk membawa/menunjukkan minat bermain...Namun caranya agak sedikit kasar...seperti menepuk dan menolak..

- Apabila diminta untuk berhenti dari melakukan sesuatu. Cthnya; apabila Mia menghempas pintu...kemudian kita meminta dia berhenti dengan nada yang agak tinggi..atau menunjukkan ekspresi muka marah...Mia akan diam seketika dan menunujukkan ekspresi muka sedih & takut...kadangkala dia akan  menjauhkan diri....


Bagaimana untuk menangani dan mendekati Mia... ??


2 comments:

  1. input yang menarik..teruskan menyebarkan dakwah pada bangsa yang parah ya ukhty..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan... :) akak pun baru bertatih dalam menimba ilmu...smoga apa yg dikongsikan dpt memberikan manfaat kpd semua...

      Delete