3.1 AKIBAT MENGABAIKAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN.
Makna
asal syariah ialah satu aliran air (al-Zubaidi, 1306H). Seperti air yang
menjadi sumber kehidupan, syariah Islam juga bertindak sebagai sumber kehidupan
sosial yang teratur dan harmoni (Muhammad Abdul Rauf, 1994). Akibat dari
pengabaian syariah, pelbagai masalah telah timbul dan mennyebabkan Islam hanya
sekadar Islam pada nama namun penghayatannya tidak ada. Antara masalah yang
menjadi isu pada masa kini adalah seperti pergaulan bebas dan zina yang
berleluasa, riba, isu murtad dan pelbagai lagi. Kesemua masalah ini boleh
dibahagikan dalam beberapa kumpulan yang khusus mengikut ilmu syariah antaranya
ialah tauhid, Ibadat, Munakahat, Muamalat, Jinayat , Akhlak dan Tasawuf. Antara
isu semasa yang sering berlaku akibat dari pengabaian syariah pada masa kini
ialah:
3.1.1. Isu berkaitan bab Munakahat
:
Manusia
akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita
tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah
menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana
kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam
pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan.
Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.
Namun,
lewat kini, kita sering mendengar pelbagai isu seperti kahwin lari, cerai,
pengabaian nafkah dan sebagainya di dalam masyarakat kita. Persoalannya,
mengapakah perkara-perkara seperti ini berlaku dalam kehidupan masyarakat kita?? Islam mensyariatkan
perkahwinan kepada ummatnya agar dapat mewujudkan ketenteraman dan ketenangan
di antara lelaki dan perempuan. Menghubungkan silaturahim dan mewujudkan kasih sayang
sesama insan. Namun apa yang kita lihat pada zaman sekarang adalah keruntuhan
rumahtangga yang kian berleluasa.Ini adalah berpunca daripada pengabaian
syariah dalam kehidupan. Sekiranya kita benar-benar menghayati konsep
perkahwinan didalam Islam, pasti keluarga sakinah dapat dibina dan perceraian
akan dapat dielakkan. Sebagai contoh, isu kahwin lari khususnya, dalam Islam
terdapat peraturan-peraturan syariat yang perlu dan wajib kita patuhi untuk melaksanakan
sebuah perkahwinan. Istilah ‘kahwin
lari’ bukannya bermaksud berkahwin sambil berlari tetapi ia merujuk kepada
pernikahan yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri
daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah. Biasanya mereka lari ke negara jiran
untuk bernikah secara mudah. Antara punca utamanya ialah:
a) Mereka mahu berpoligami tetapi tidak
dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan (atau) tidak
mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama.
b) Pilihan mereka tidak direstui oleh orang
tua.[1]
Kahwin
lari menimbulkan pelbagai kesan negatif berbanding positif bagi pasangan yang
memilih jalan singkat seperti ini. Antara kesan yang biasa kita lihat dan
dengar ialah, perpecahan keluarga dan memutuskan silaturrahim. Di antara
matlamat perkahwinan itu sendiri adalah untuk mencapai kebahagiaan, ketenangan
dan mengeratkan dua buah keluarga. Oleh itu, kahwin lari adalah dilarang kerana
dikhuatiri akan berlaku perpecahan dalam kedua-dua belah pihak keluarga. Di
samping itu, ia tidak mengikuti sunnah Rasulullah SAW yang mensyariatkan
perkahwinan bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dan melahirkan
kegembiraan semua pihak yang terlibat. Sepertimana yang dinyatakan dalam surah
Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
'Di antara tanda-tanda
kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk
kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang
dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang
berfikir. '
(Ar-Ruum:21)[2]
3.1.2. Isu berkaitan bab Akhlak :
Kita
sering dikejutkan dengan pelbagai isu di dada-dada akhbar yang berkitan dengan
gejala sosial pada masa kini antaranya, pelacuran, pembuangan bayi, khalwat,
ragut, dan sebagainya. Dan apa yang lebih meruncingkan lagi adalah,
perkara-perkara ini secara umumnya melibatkan remaja-remaja dan golongan belia
masa kini. Keruntuhan akhlak atau disebut juga sebagai dekadensi
moral bukan satu permasalahan baru dalam masyarakat di negara kita malah
dimana-mana Negara sekalipun. Negara kita hari ini sedang menghadapi masalah
kegawatan akhlak yang teruk yang sekiranya tidak di ambil serius sejak awal akan memberi implikasi terhadap masa depan
agama dan umat Islam secara keseluruhannya.Antara masalah akhlak yang sedang
berlangsung di Negara ini ialah masalah kerenggangan sosial,ketagihan
dadah,seks bebas,lari dari rumah,sumbang
mahram,individualistik,materialistik,dan rasuah.
Isu
pembuangan bayi khususnya, perkara ini sudah menjadi sesuatu yang lazim dalam
masyarakat kita. Saban hari, kita dapat memperoleh berita tentang bayi dijumpai
di dalam tandas awam,di tepi longkang,dan lain –lain tempat lagi tanpa ada
perasaan perikemanusiaan dalam kalangan remaja. “Untuk tahun 2012 sahaja [sehingga jun] statistik pembuangan bayi adalah
sebanyak 31 kes”, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Singh.[3] Antara punca utama berlakunya kes seperti ini
adalah disebabkan pergaulan bebas yang tidak terkawal dan kurangnya tentang
didikan agama dan moral. Kerana itu, dalam syariat Islam amat ditegaskan
mengenai batas pergaulan (ikhtilat) diantara lelaki dan perempuan bagi menjaga
kehormatan dan maruah diri sepertimana yang diterangkan dalam ayat Al-quran
yang bermaksud:
“Wahai isteri-isteri
Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu
tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja
(semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan
keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu),
dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”
(Al-Ahzaab : 32)[4]
Sepertimana
yang diterangkan dalam hadis-hadis berikut juga:
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang
siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan
pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya
yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Rasulullah
s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya
jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik
baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”[5]
Islam
juga turut meletakkan garis panduan agar mengasingkan tempat tidur anak lelaki
dan perempuan sejak dari kecil lagi sepertimana dalam sabda Rasulullah s.a.w
yang berkmaksud:
“Perintah anak kamu
bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun, jika mereka tidak melakukannya
sehingga umur 10 tahun, pukul mereka, dan pisahkan juga diantara mereka (
lelaki dan perempuan) dari tempat tidur”. ( Riwayat
Al-hakim dan Abu Daud )[6]
Tujuan
Rasulullah s.a.w menganjurkan perintah ini adalah untuk mendidik anak-anak mengenai
batas pergaulan antara ahli keluarga supaya tidak berlaku perkara negatif
seperti sumbang mahram.
3.1.4. Isu berkaitan bab Muamalat:
Muamamalat
adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan
memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar,
pinjam-meminjam dan sebagainya. Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan
dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing
yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial
Islam .
Walaubagaimanapun,
ramai dikalangan peniaga masa kini yang sering mengabaikan keutamaan syariah
dalam menjalankan perniagaan. Ada yang lebih mengutamakan keuntungan berbanding
kualiti barangan serta kehalalannya dan perkhidmatan dalam perniagaan. Sebagai
contoh, menjual barangan yang tidak pasti sejauh mana kehalalannya dan siapa
pihak pengeluarnya kepada pengguna. Sebagai seorang muslim, seharusnya kita
mengutamakan yang halal dan sebolehnya menjauhi perkara yang haram dan syubhah.
Harta-harta yang berkat itu adalah harta yang halal dan baik, kerana sesuatu
yang diambil dari yang tidak halal dan tidak baik tidak mungkin mampu mendorong
seseorang kepada melakukan kebaikan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang
lain. Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Setiap jasad yang membesar daripada
benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.
Selain
itu, antara perkara yang sering menjadi isu pada masa kini juga adalah perkara
yang berkaitan dengan riba. Riba dalam pelbagai bentuknya adalah sangat
dilarang dalam Islam kerana ia menjadi punca kepada penindasan dan
ketidaksamaan dalam ekonomi. la boleh mewujudkan keadaan orang yang kaya
menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah miskin.[7]
Larangan terhadap amalan riba ini disebut dalam banyak ayat al-Quran. Antara
ayat-ayat yang berkaitan adalah seperti berikut maksudnya:
“Orang-orang yang
memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan
(syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah
menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa
yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) daripada Tuhannya lalu ia
berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka
itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”.
(Al-Baqarah,
2:275)[8]
4.1
KAEDAH MENANGANI PERMASALAHAN SYARIAH
1.
Isu
berkaitkan bab Munakahat
Insititut
kekeluargaan adalah merupakan satu perkara yang penting dalam Islam.
Keharmonian sesebuah rumahtangga adalah bergantung dengan bagaimana cara
pengendalian dan perlaksanaan hukum Islam didalamnya bagi mewujudkan sebuah
keluarga yang sakinah dan bahagia mengikut corak Islam. Walubagimanapun, lewat
kini kita sering menghadapi isu rumahtangga seperti perceraian, kahwin lari dan
sebagainya. Bagi menangani perkara ini, pelbagai langkah yang boleh kita ambil
dan telah diusahakan antaranya:
-
Rundingcara:
Pada hakikatnya Islam telah menganjurkan prinsip-prinsip tertentu untuk
membentuk, mengekal dan memperbaiki sesebuah rumah tangga. Tetapi dari segi
tekniknya atau pendekatannya hendaklah disesuaikan dengan keadaan semasa.
Rundingan di dalam bidang kekeluargaan amat diperlukan pada tiga peringkat
berdasarkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW
dan para sahabat. Sebagai contoh, Rundingcara apabila berlaku konflik rumah
tangga khususnya, Dalam istilah fiqh terdapat perkataan “Nusyuz”. Nusyuz
bermakna keadaan di mana suami atau isteri enggan menunaikan kewajipannya
sebagaimana yang dituntut oleh syara’. Terdapat arahan yang jelas berhubung
dengan sikap seorang isteri yang enggan taat kepada suaminya.
Langkah
awal yang mesti dilakukan terhadap isteri ialah dengan menasihatinya. Kedua,
jika nusyuznya masih berterusan meskipun telah dinasihati maka suami boleh
meninggalkan tempat tidur dengan isteri.Ketiga, pihak suami boleh memukul
isterinya, pukulan sekadar mengajar dan bukan pada tempat yang sensitif seperti
di muka. Sebaliknya jika pihak suami yang nusyuz maka isteri hendaklah mengadu
kepada Qadi. Apabila nusyuz berlaku sehingga ke peringkat yang paling sengit
maka ianya dikenali sebagai “Shiqaq”. Apabila berlaku shiqaq maka terdapat satu
institusi pendamai yang dianjurkan oleh Islam yang dikenali sebagai “Hakim”. Islam
menganjurkan supaya dilantik seorang hakim mewakili pihak suami dan seorang
hakim mewakili pihak isteri.[9]
-
Kursus
pra perkahwinan: Bagi menyedarkan remaja dan muda mudi
tentang tujuan sebenar perkahwinan, anjuran kursus perkahwinan sering diadakan
khususnya di institut pengajian IPTA/IPTS.
Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada para belia tentang
matlamat sebenar sebuah perkahwinan didalam Islam serta peranan dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan didalamnya. Ini kerana, kita sering
mendengar kes seperti remaja kahwin lari, perceraian disebabkan kurangnya ilmu
mengenai rumatahtangga serta pengabaian tanggungjawab seorang suami dan isteri.
Dengan adanya kaedah kursus pra perkahwinan ini, para belia dapat didedahkan
tentang kepentingan menjaga keharmonian rumahtangga, peranan sebagai seorang
anak-isteri-suami serta perkara yang haram dan halal dilakukan apabila
mendirikan rumahtangga.
2. Isu berkaitan akhlak
Pada
masa kini, kita sering mendengar permasalahan yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak remaja muda mudi
masa kini. Keadaan ini semakin meruncing dan merisaukan dan sekiranya tidak
ditangani, boleh menyebabkan kesan yang amat buruk dimasa akan datang. Ini
keran, remaja masa kini adalah pemangkin dan peneraju kepada kepimpinan masa
hadapan. Sekiranya akhlak dan sahsiah mereka terus merundum jatuh, dikhuatiri
kita akan kehilangan pemimpin yang benar mampu mebimbing kita ke arah yang
lebih terjamin dengan mengamalkan kehidupan Islam dimasa mendatang. Antara
kaedah yang boleh dan telah diambil pada masa kini ialah:
-
Ibu
bapa sebagai peranan utama: Ibu bapa harus
mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Sekali-sekala ibu bapa
perlu menyiasat apakah yang dilakukan oleh anak mereka semasa berada di luar
rumah. Terangkan kepada anak-anak atau pelajar-pelajar mengenai keburukan dan
akibat pergaulan bebas menerusi kaunseling dan ceramah. Terangkan kepada mereka
mengenai keburukan seks rambang dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh
aktiviti seksual seperti AIDS. Persekitaran dan cara didikan didalam sesebuah
keluarga mempengaruhi akhlak dan peribadi anak-anak. Mungkin kita mampu untuk
memenuhi keinginan anak-anak tetapi kita sering alpa apa yang diperlukan oleh
mereka iaitu perhatian,pelukan dan kasih sayang kerana keinginan dan kepreluan
adalah merupakan dua perkara yang berbeza. Oleh itu, ibu bapa seharusnya
menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak agar kehidupan yang positif dapat
diterapkan dalam diri mereka secara tidak langsung. Aspek yang paling penting
adalah dengan menerapkan dan mencorakkan anak-anak dengan nilai-nila kebaikan
dan cara hidup islam sejak dari mereka dilahirkan lagi. Ibu
bapa yang baik lebih mementingkan kasih
sayang, mendidik pekerti mulia dan memberi perhatian kepada anak sebagai
bekalan meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini kerana anak-anak bukanlah
hak tetapi amanah yang diberikan daripada Allah s.w.t dan perlu dididik dan
dijaga sebaiknya.
-
Mengadakan
kempen solat dan motivasi bagi golongan Muslim: Memandangkan
gejala ini dihadapi kebanyakan daripada golongan Melayu, maka satu pendekatan
keislaman haruslah diambil bagi menangani masalah ini. Sekiranya penyakit ini
dapat diubati dalam komuniti Islam, hal ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi komuniti bukan Islam untuk turut menyelesaikan masalah dalam
komuniti bukan Islam. Solat merupakan tiang agama. Remaja mampu dicegah
daripada melakukan perkara-perkara munkar dengan mendirikan solat. Solat juga
mampu membentuk peribadi individu serta membentuk masyarakat serta komuniti
Islam yang sempurna. Selain itu, seminar motivasi juga dapat membantu dalam
meneutralkan kembali emosi dan fikiran anak-anak yang tercemar dengan gejala
negatif. Walau sejauh manapun mereka telah tersasar dari landasan hidup, namun
mereka masih ada peluang untuk berpatah balik dan memperbetulkan kesilapan
mereka. Cuma apa yang mereka perlukan adalah bimbingan dan motivasi daripada
kita dan sokongan moral dari pada masyarakat dan keluarga utamanya. Kempen dan
seminar ini boleh dilaksanakan disekolah-sekolan ataupun badan-badan NGO tertentu.
3.
Isu
berkaitan bab Muamalat:
Bagi
menangani berlakunya perkara syubhah dan penjualan barangan yang tidak halal,
pelbagai kaedah yang telah diusahakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Antara usaha yang dilakukan ialah:
-
Mengiklankan
barangan yang tidak halal: Bagi mengatasi isu ini, pihak JAKIM
telah menjalankan tinjauan ke syarikat atau agensi pembuatan makanan bagi
memastikan sumber dan proses sepanjang pembuatan makanan tersebut adalah
dijamin bersih dan halal. Pihak JAKIM juga turut mengkaji setiap kandungan
produk yang diimport ke dalam negara kerana dikhuatiri terdapat unsur yang
tidak halal dalam pembuatan makanan tersebut contohnya penggunaan gelatin (
lemak khinzir) ataupun campuran arak dalam makanan. Meskipun kebanyakan makanan ada yang mempunyai
logo halal, namun tidak dapat diayakini sejauh mana kehalalanya. Oleh iut,
pihak JAKIM telah menetapkan setiap makanan yang dikeluarkan oleh mana-mana
pinak pengeluar ataupun diimport hendaklah mendapat pengesahan dan logo halal
daripada pihak JAKIM berdasarkan prosedur dan kajian yang terperinci. Dan
setiap makanan yang diragui hendaklah dijauhi bagi mengelakkan berlakunya
syubhah. Pihak JAKIM juga turut mengeluarkan dan mengiklankan senarai barangan
yang tdak halal kepada masyarakat sebagai langkah berhati-hati semasa membeli
makanan atau produk dipasaran.
-
Rancangan
televisyen- Bagi mendedahkan kepada masyarakat
mengenai perniagaan dalam Islam serta isu halal dan haram, media juga memberi
peranan utama dalam menyebarkan maklumat yang berguna. Oleh itu stesesn
televisyen kini telah banyak mewujudkan program televisyen yang berkaitan
dengan isu agam sebagai contoh rancangan televisyen astro Oasis dan yang
terbaru adalah rancangan televisyen Al-hijrah dimana didalamnya terdapat salah
satu rancangan yang bertajuk Agen Halal yang mendedahkan mengenai isu halal dan
haram.
-
Seminar
Keusahawanan Islam: Di samping memberi galakan kepada umat
Islam untuk menceburkan diri dalam perniagaan, oleh itu, seminar yang
menrangkan tentang keusahawanan dalam islam adalah merupakan satu alternative
dalam membimbing para usahawan islam berniaga berlandaskan syariat islam. Ini
bertujuan supaya tidak berlakunya penipuan, ketidakadilan, penganiayaan dan
sebagainya yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan ekonomi dan mengancam
kesejahteraan masyarakat seluruhnya. Seharusnya etika perniagaan dalam islam
hendaklah berlandaskan dua sumber utama
hukum Islam iaitu al-Quran dan hadis. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a,
daripada Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,
kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab
Allah dan Sunnah NabiNya”. (Hadis Riwayat Malik – dipetik daripada Mohd
Radzi &
Ghafarullahuddin, 2005 : 10).
[2]
Al-quranul Karim surah Ar-Ruum:21
[4]
Al-quranul Karim surah Al-Ahzaab : 32
[7] http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2011/06/etika_perniagaan_dari_perspektif_al-quran__satu_tinjauan.pdf
[8]
Al-quranul Karim surah Al-Baqarah, 2:275