Bersedia menerima sesuatu...bermakna harus bersedia utk melepaskan..tiada apa yg abadi dalam hidup ini..hatta jasa ini sekalipun..semuanya hanyalah pinjaman semata2...dan JIWA...tetaplah yakin dan percaya...Allah telah merncanakan sesuatu yg lebih baik buat dirimu....dan tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia2... :)
" Apabila kita gali gali ilmu Allah...kita kenal siapa kita...kita tahu sejauh mana kejahilan kita.....Sesungguhnya ILMU itu adalah Nur..cahaya yg menerangi setiap kegelapan..mencerahkan setiap kejahilan..." [Annis@asykin]
Sunday, 1 December 2013
Dirimu ditakdirkan untukknya...
Bersedia menerima sesuatu...bermakna harus bersedia utk melepaskan..tiada apa yg abadi dalam hidup ini..hatta jasa ini sekalipun..semuanya hanyalah pinjaman semata2...dan JIWA...tetaplah yakin dan percaya...Allah telah merncanakan sesuatu yg lebih baik buat dirimu....dan tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia2... :)
Monday, 5 August 2013
Merancang Kehidupan Rumahtangga untuk menggapai tiket ke Syurga :)
Renungan Buatmu HAWA...
Betapa isteri mengeluh kerana perangai suami yang tidak tahu agama. Semoga yang belum berkahwin bukan hanya niat kahwin kerana pandangan masyarakat tetapi anggap perkahwinan demi agama dan keredhaan Allah. InsyaAllah mendapat jodoh yang baik jika kita wanita baik. Bagi muslimat yang tidak menjaga aurat.., solat dan pergaulan.. bayangkan lelaki yang macam mana yg ingin memperisterikan kita. Mahukah ia seperti kita juga?? Lelaki yang baik akan mencari wanita yang baik...
Utk mendapat jodoh yang baik bukanlah kita cantikkan fizikal yg sementara tetapi cantikkan keimanan dan peribadi. Semoga kita audit diri dan bakal suami atau isteri utk mengelak masalah di kemudian hari. Rancanglah hidup selepas kahwin utk menggapai tiket ke syurga dan bukannya neraka... Para isteri yang ingin berkongsi masaalah dan meminta pertolongan sila lihat diri.. perbetulkan diri.. kerana semua masalah bermula dari cara kita berfikir dan bertindak. Maka perbetulkan fikiran dengan ilmu agama dan insyaAllah masalah akan dapat diselesaikan bila hubungan dengan Allah mantap.
Jangan mahu menyalahkan sesiapa dan ingin mengubah orang tetapi lihat diri dan ubah diri. Kurangkan menonton perkara duniawi tidak berfaedah sebaliknya dengar, tonton dan baca ilmu ugama. Selepas bertahun belajar tinggi tetapi tidak bahagia.. kerana ilmu dipelajari harus diniatkan utk beri manafaat bukan utk kebanggaan. Semoga kita perbetulkan niat dalam setiap amalan. Jika bukan kerana Allah semua sia sia. Bila berpakaian bayangkan syaitan gembira atau tidak. Jika membuka aurat syaitan bertepuk tangan dan semakin menjadi kawan. Semoga kita diberi kekuatan buat perubahan. Jika anak degil lihatlah kedegilan kita dengan Allah.. - { Prof. Dr. Muhaya}
...Rumahtangga....jika kita pandai mengolah dan memandunya....bisa jadi sebuah taman bunga yang harum dan indah....namun jika kita alpa dan goyah dalam menjaganya...ianya bisa jadi sebuah kuburan yang kelam lagi suram....maka pilihlah antara dua persimpangan... Syurga Allah..atau nerakanya.. :) bagi si suami....usah biarkan yanng dikejar berterbangan...yang dikendong berciciran...hargailah kelebihan dan keistimewaan...cintailah da syangilah kekurangan.. ISTERI...adalah amanah buatmu...
Betapa isteri mengeluh kerana perangai suami yang tidak tahu agama. Semoga yang belum berkahwin bukan hanya niat kahwin kerana pandangan masyarakat tetapi anggap perkahwinan demi agama dan keredhaan Allah. InsyaAllah mendapat jodoh yang baik jika kita wanita baik. Bagi muslimat yang tidak menjaga aurat.., solat dan pergaulan.. bayangkan lelaki yang macam mana yg ingin memperisterikan kita. Mahukah ia seperti kita juga?? Lelaki yang baik akan mencari wanita yang baik...
Utk mendapat jodoh yang baik bukanlah kita cantikkan fizikal yg sementara tetapi cantikkan keimanan dan peribadi. Semoga kita audit diri dan bakal suami atau isteri utk mengelak masalah di kemudian hari. Rancanglah hidup selepas kahwin utk menggapai tiket ke syurga dan bukannya neraka... Para isteri yang ingin berkongsi masaalah dan meminta pertolongan sila lihat diri.. perbetulkan diri.. kerana semua masalah bermula dari cara kita berfikir dan bertindak. Maka perbetulkan fikiran dengan ilmu agama dan insyaAllah masalah akan dapat diselesaikan bila hubungan dengan Allah mantap.
Jangan mahu menyalahkan sesiapa dan ingin mengubah orang tetapi lihat diri dan ubah diri. Kurangkan menonton perkara duniawi tidak berfaedah sebaliknya dengar, tonton dan baca ilmu ugama. Selepas bertahun belajar tinggi tetapi tidak bahagia.. kerana ilmu dipelajari harus diniatkan utk beri manafaat bukan utk kebanggaan. Semoga kita perbetulkan niat dalam setiap amalan. Jika bukan kerana Allah semua sia sia. Bila berpakaian bayangkan syaitan gembira atau tidak. Jika membuka aurat syaitan bertepuk tangan dan semakin menjadi kawan. Semoga kita diberi kekuatan buat perubahan. Jika anak degil lihatlah kedegilan kita dengan Allah.. - { Prof. Dr. Muhaya}
- Membina Masjid Taqwa -
...Sungguh..ku tahu...membina sebuah masjid itu bukanlah semudah yang disangka..
..jika hati tidak bersedia...mana kan mungkin lahir masjid yang utuh dan indah....
..Dibina ia atas dasar iman dan Taqwa...
..Bukanlah kerana tuntutan nafsu semata..atau kerana tuntutan kata manis dan janji setia...
..Bukanlah kerana tuntutan nafsu semata..atau kerana tuntutan kata manis dan janji setia...
....Namun kerana ingin menggapai redhaNya...
..Agar kita bisa beribadah dengan tenang didalamnya..
.. Bermusyawarah dan bertadabbur ilmu bersama...
..Lalu dengannya..hadirlah ramai jemaah...
..Ibarat kupu-kupu syurga yang menghiasi...
...Pemangkin ummah khalifah Allah...
...Semoga dengannya...kita mampu menggamit tiket ke syurga...
Menjadi mercu tanda... Bukti cinta sebenar...Lillahi Ta'aala...
...Tentang bagaimana keadaan masa depanmu...ianya bermula daripada sekarang....maka jangan segan untuk lakukan perubahan...kerana air yang bertakung...jika dibiarkan lama...akan menjadi keruh dan tidak mampu memberi manfaat kepada manusia...maka jadilah seperti air jernih yg sentiasa mengalir...yg mampu memberi manfaat kepada seluruh alam sejagat.. :)
~ Annis @ sykin ~_ Nur Ilmi
~ Annis @ sykin ~_ Nur Ilmi
Friday, 19 July 2013
Bahagia itu ada dalam hatimu..ketenangan itu ada pada Allah.. :)
Kadang, kita melihat pasangan suami isteri terasa alangkah indahnya boleh menikah awal-awal tanpa kita tahu mereka terkadang mencemburui kehidupan bujang yang boleh ada ruang privasi sendiri....
Kita melihat 'bahagia' pada orang lain sehinggakan kita lupa sebenarnya kita yang tidak nampak kebahagiaan dalam kehidupan sendiri. Kita asyik melihat orang sehingga terlupa melihat dan merenung diri sendiri.....
Ambil pen dan kertas, tulislah berapa banyak nikmat yang Allah beri pada kita. Automatik kita akan sedar betapa beruntungnya kita dan anda pasti rasa bahagia..,.. ^__^
La Tahzan...surely Allah with us.. (At-Taubah: 40 ) :)
* Jika seseorang hamba tidak lagi mudah menangis kerana takutkan kekuasaan Allah...maka menangislah akan ketidakmampuan itu,..
-Annis@sykin_NurIlmi-
-Annis@sykin_NurIlmi-
Friday, 12 July 2013
Peranan & Sumbangan Malaysia dalam ASEAN
1.1 Objektif
Tugasan
ini bertujuan untuk membincangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam
persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang telah ditubuhkan pada 8 Ogos
1967. Malaysia telah memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang besar
dalam pertubuhan ASEAN antaranya dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial dan
secara tidak langsung dapat memastikan kestabilan politik dan kemakmuran di
rantau Asia Tenggara.
Dalam
tugasan ini, antara isu utama yang akan dibincangkan ialah, matlamat ASEAN ditubuhkan
serta apakah peranan dan strategi yang dilakukan oleh Malaysia dalam
meningkatkan bidang ekonomi dalam kalangan Negara-negara ASEAN. Secara
khususnya. Malaysia telah banyak memainkan peranan dan sumbangan yang amat
besar dalam meningkatkan ekonomi diantara Negara serantau disamping mengambil
tentang perkembangan dan kebajikan hubungan serantaunya.
Didalam
tugasan ini juga, turut dibincangkan
mengenai peristiwa yang menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia
dengan mana-mana Negara ASEAN. Terdapat beberapa peristiwa yang pernah
mencalarkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan bebrapa Negara ASEAN
antaranya ialah Filipina dan juga Vietnam. Walaubagaimanapun, setiap masalah
ini sentiasa ditangani dengan sebaiknya demi mengkekalkan kelangsungan hubungan
antara Negara-negara tersebut. Ikuti perbincangan mengenai isu-isu tersebut dan
perkembangannya didalam tugasan ini.
************************************************************************
2.1 Matlamat ASEAN
ditubuhkan
ASEAN
telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk
Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan
ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul
Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thai,
Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar
Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama
dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan
Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah
berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya
melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah
Negara.
Negara
Anggota ASEAN yang terlibat pada masa kini ialah Brunei Darussalam, Kerajaan
Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Laos, Malaysia,
Kesatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand dan
Republik Sosialis Viet Nam. Penubuhan Asean mempunyai lima peranan utama dan
berikut adalah dua daripadanya:
Pertama
Penubuhan
sebuah persatuan untuk kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara.
Pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Negara Asia Tenggara- ASEAN.
Kedua
Diantara matlamat penubuhan Asean itu juga adalah untuk:
Kedua
Diantara matlamat penubuhan Asean itu juga adalah untuk:
i.
Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi,
kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan di rantau ini. Ia dijayakan melalui
usaha dan tindakan bersama dengan semangat persamaan dan perkongsian.
Langkah-langkah ini sebagai usaha mengukuhkan asas untuk sebuah masyarakat yang
aman, makmur di Negara-negara Asia Tenggara.
ii.
Menggalakkan keamanan dan kestabilan
serantau. Ini hendaklah dilakukan
berdasarkan hormat-menghormati sepenuhnya keadilan undang-undang di kalangan
Negara rantau ini dan patuh kepada piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
(PBB).
iii.
Menggalakkan kerjasama yang akif dan
saling membantu terhadap perkara-perkara kepentingan bersama dalam bidang
ekonomi, sosial, kebudayaaan, teknikal,santifik
dan pentadbiran.
iv.
Tolong-menolong antara satu sama lain
dalam bentuk latihan dan kemudahan-kemudahan penyelidikan dalam bidang
pelajaran professional, teknikal dan pentadbiran.
v.
Bekerjasama yang lebih berkesan dalam
penggunaan bidang pertanian dan industri. Meluaskan perdangangan termasuk
kajian masalah perdagangan barangan antarabangsa, memperbaiki
kemudahan-kemudahan pengangkutan dan
perhubungan dan meninggikan lagi taraf hidup rayat Negara-negara anggota.
vi.
Untuk mengekalkan Asia Tenggara sebagai
Zon Bebas Senjata Nuklear dan bebas daripada segala senjata pemusnah
besar-besaran yang lain;
vii.
Untuk mewujudkan suatu pasaran dan
pangkalan pusat pengeluaran tunggal yang stabil, makmur, berdaya saing dan
berintegrasi dari segi ekonomi dengan kemudahan berkesan bagi perdagangan dan
pelaburan yang dalamnya wujud pengaliran bebas barangan, perkhidmatan dan
pelaburan; memudahkan pergerakan ahli perniagaan, ahli profesional, bakat dan
tenaga kerja; dan aliran modal yang lebih bebas;
viii.
Untuk memperkukuh demokrasi,
meningkatkan tadbir urus yang baik dan rukun undang-undang, dan untuk
menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi dengan
mengambil kira hak dan tanggungjawab Negara Anggota ASEAN;
ix.
Untuk menggalakkan pembangunan yang
lestari supaya dapat memastikan alam sekitar rantau ini dilindungi, kelestarian
sumber aslinya, dilestarikan warisan budaya dan kualiti hidup penduduknya yang tinggi
dipelihara;
x.
Untuk membangunkan sumber manusia melalui
kerjasama yang lebih erat dalam bidang pendidikan dan pembelajaran sepanjang
hayat, dan dalam bidang sains dan teknologi, bagi memperkasakan rakyat ASEAN
dan bagi memantapkan Komuniti.
xi.
Untuk meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan
rakyat ASEAN dengan memberikan mereka peluang yang saksama bagi pembangunan modal
insan, kebajikan sosial dan keadilan;
xii.
Untuk memperkukuh kerjasama dalam
membina persekitaran yang selamat, terjamin dan bebas daripada dadah untuk
rakyat ASEAN;
xiii.
Untuk memajukan ASEAN yang
berorientasikan rakyat yang dalamnya kesemua sektor masyarakat digalakkan untuk
turut serta dalam, dan memperoleh manfaat daripada, proses integrasi dan
pembangunan komuniti ASEAN;
xiv.
Untuk memajukan suatu identiti ASEAN
melalui perangsangan kesedaran yang lebih besar terhadap kepelbagaian budaya
dan warisan rantau ini;
xv.
Untuk mengekalkan keutamaan dan peranan proaktif
ASEAN sebagai daya penggerak utama dalam hubungan dan kerjasamanya dengan rakan
kongsi luar dalam seni bina serantau yang terbuka, telus dan menyeluruh.
3.1 Peranan Dan Strategi Malaysia Dalam
Membantu Meningkatkan Ekonomi Dikalangan Negara-Negara ASEAN.
3.1.1
Penubuhan
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Malaysia kini telah mencapai reputasi
yang baik sebagai hab operasi global dan serantau bagi perkilangan dan
perkhidmatan dengan menarik pelaburan yang akan mempercepatkan peralihan negara
kepada industri bernilai ditambah tinggi, berteknologi tinggi, berintensifkan
pengetahuan serta berasaskan inovasi. Pendekatan ekosistem MIDA dalam
pembangunan pelaburan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan ini.
Setelah empat dekad bagi menggalakkan dan menyelaras pembangunan perindustrian,
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) menerima nama baharu dan skop
tanggungjawab yang lebih luas pada tahun 2011. Ekonomi, agensi
ini telah dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan
diberikan peranan utama dalam menerajui agenda pelaburan nasional untuk memacu
matlamat Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Malaysia
memecah kesemua rekod pelaburan dan pekerjaan pada tahun 2012, tetapi projek
pelaburan berkualiti dan pekerjaan yang benar-benar menonjol. Pencapaian luar
biasa telah dapat dicapai hasil daripada strategi baharu Kerajaan untuk menarik
pelaburan berkualiti dalam sektor yang disasarkan. Perkongsian strategik dengan
agensi-agensi pembangunan ekonomi negara telah menyokong usaha MIDA dalam
meningkatkan profil Malaysia sebagai lokasi yang ideal bagi perniagaan bernilai
ditambah tinggi. Antara pencapaian Malaysia sepanjang tahun 2012 hasil daripada
pelaburan ini ialah:
• Menarik jumlah pelaburan langsung
tertinggi yang pernah direkod: RM162.4 bilion
•
Menjana 182,841 pekerjaan – melebihi daripada tahun-tahun sebelum ini
• Meningkatkan lanskap pelaburan domestik
• Melaksanakan kemajuan kukuh dalam
pembangunan industri bagi teknologi baharu dan baharu muncul
• Memperkukuh ekosistem industri sedia
ada seperti semikonduktor, diod pemancar cahaya (LED), solar dan jentera &
kelengkapan (M&E)
• Memperkukuh reputasi Negara sebagai hab global dan serantau bagi
perkilangan dan perkhidmatan
•
Mengimbangi pembangunan lima koridor ekonomi Negara
Dalam
rantau membangun Asia Timur dan Asia Tenggara, aliran masuk FDI mencapai rekod baharu
pada tahun 2012. Jumlah aliran masuk FDI bernilai US$336 bilion, yang merupakan
22 peratus daripada jumlah aliran masuk global. Asia Tenggara sahaja telah
mencatatkan aliran masuk sebanyak US$117 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 26
peratus daripada tahun sebelumnya. Asia Timur mencatatkan aliran masuk sebanyak
US$219 bilion, manakala Asia Tenggara tetap mengalami pertumbuhan FDI yang
lebih cepat. Antara ekonomi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN),
Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura semuanya mencapai
peningkatan yang ketara dalam aliran masuk FDI. Malaysia merupakan penerima
ketiga terbesar dalam aliran masuk FDI di antara Negara-negara ASEAN pada tahun
2011 selepas Singapura dan Indonesia.
Aliran
masuk FDI ke Singapura mencatatkan pertumbuhan kukuh daripada US$48.6 bilion pada
tahun 2010 kepada US$64 bilion pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 31.7
peratus. Indonesia mengalami peningkatan sebanyak 37.9 peratus daripada US$13.7
bilion pada tahun 2010 kepada US$18.9 bilion pada tahun 2011. Pertumbuhan dalam
negara-negara ASEAN telah didorong terutamanya oleh permintaan domestic dan
pengembangan kukuh dalam aktiviti sector swasta. Berdasarkan trend aliran masuk
FDI, aliran keluar FDI global juga meningkat sebanyak 17 peratus daripada
US$1.45 trilion pada tahun 2010 kepada US$1.69 trilion pada tahun 2011. Tahap
ini kekal di bawah paras tertinggi sebanyak US$2.2 trilion yang telah dicapai
pada tahun 2007. Peningkatan ini adalah terutamanya oleh pertumbuhan aliran keluar
FDI daripada negara-negara maju. Aliran keluar FDI daripada ekonomi maju
berkembang sebanyak 25 peratus daripada US$0.99 trilion pada tahun 2010 kepada
US$1.24 trilion pada tahun 2011, manakala FDI daripada ekonomi peralihan
meningkat sebanyak 19 peratus.[1]
3.1.2
AUTOMOTIF
(Industri kelengkapan Pengangkutan)
Ianya merangkumi subsektor automotif,
aeroangkasa dan pembinaan kapal dan pembaikan kapal. Subsektor automotif adalah
yang terbesar dalam industri ini yang meliputi pengilangan atau pemasangan
kenderaan bermotor (termasuk motor beroda dua), pemulihan semula / pemasangan
semula / pembinaan semula / pengubahan kenderaan bermotor dan pengilangan
bahagian dan komponen, termasuk koc dan badan kenderaan.
Dalam menggalakkan usaha ke arah
teknologi hijau, Dasar Automotif Nasional (NAP) 2010 telah menghasilkan
peningkatan dalam pelaburan bagi pengeluaran kenderaan hibrid/ elektrik kepada
RM792.4 juta pada tahun 2012. Ia juga telah peningkatkan pelaburan dalam
pengilangan bahagian dan komponen yang kritikal dan bernilai ditambah tinggi
kepada RM262 juta pada tahun 2012. Menuju kehadapan, NAP akan dikaji semula
untuk terus menekankan kepada kenderaan cekap tenaga berteknologi tinggi (EEV).
Fokus berkemungkinan akan memberi
tumpuan kepada meneruskan liberalisasi ke atas subsektor automotif bagi
menggalakkan pelaburan di kalangan pengeluar komponen automotif berteknologi
tinggi untuk bersaing dengan industri motor ASEAN dari segi pertumbuhan dan
jumlah eksport.[2]
Berikut adalah jadual kenderaan bermotor dalam ekonomi utama ASEAN:
3.1.4
Sumbangan
dan bantuan ekonomi Malaysia kepada Negara-negara ASEAN atas dasar keperihatinan
- Laporan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
- Laporan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Malaysia komited kepada IAI (Inisiatif
Integrasi ASEAN). Sejak 1981, bantuan teknikal yang diberikan kepada
negara-negara CLMV (Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam) termasuk kursus-kursus
latihan yang dikendalikan di bawah Pelan Kerja IAI keseluruhannya berjumlah
lebih daripada RM38 juta atau AS$10 juta. Baru-baru ini Malaysia menyumbangkan
sebanyak AS$1.53 juta (RM8.89 juta) kepada Pelan Kerja IAI bagi tahun
2003-2005.
Dalam
sokongan seterusnya bagi IAI, Malaysia akan menyediakan geran tambahan sehingga
AS$500,000 (RM1.9 juta) untuk menyokong Projek Sekolah Pintar bagi CLMV.
Inisiatif ini menyediakan negara-negara berkenaan dengan kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dan pakej program pembangunan sumber manusia.
Dengan itu, komitmen Malaysia untuk 2006-2008 akan menjadi AS$2.62 juta (RM9.96
juta). Sebagai tambahan, Malaysia sedia untuk menimbangkan bantuan bentuk lain
bagi menyokong usaha integrasi ASEAN.
Malaysia
turut berkongsi keperihatinan global terhadap Avian Influenza. Berdasarkan
pengalaman Malaysia dalam menangani kemunculan wabak penyakit baru seperti
Nipah Encephalitis pada 1998-1999, SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) pada
2003 dan Avian Influenza (selesema burung) pada 2004, Malaysia menunjukkan
keprihatinan dengan menubuhkan Pusat Kerjasama WHO Serantau bagi Influenza pada
mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Avian Influenza di Geneva.
Negara-negara
anggota telah menunjukkan sokongan untuk menubuhkan Pusat Kerjasama WHO
Serantau ini di Malaysia sejak kewujudan beberapa pusat rujukan WHO bagi
selesema manusia ditempatkan di luar rantau ASEAN.Sebagai tambahan, dengan
kepakaran Institut Penyelidikan Haiwan dalam membuat diagnostik, Malaysia juga
mencadangkan pembentukan Pusat Rujukan dan Penyelidikan Avian Influenza
Serantau.Dengan kedua-dua sistem kawalan bagi haiwan dan manusia di sebuah
negara, ia akan menjadi mekanisme amaran awal bagi pengawasan serangan selesema
di rantau ini. Ia merupakan sumbangan Malaysia ke arah keselamatan kesihatan
global.[3]
-
Bantuan
kepada mangsa banjir
Pada
21 Disember 2011, Malaysia telah menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan
kepada empat Negara Asean (Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina) yang terjejas
teruk akibat banjir yang melanda wilayah itu dan masing-masing menerima
US$100,000 (kira-kira RM316,000) daripada kerajaan Malaysia pada. Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman menyampaikan cek bantuan itu bagi pihak Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kepada Duta-Duta Kemboja, Myanmar, Laos dan
Filipina.
Ketika
berucap, Anifah berkata Malaysia berbangga kerana berada dalam budaya apabila
setiap anggota Asean sentiasa saling menghulurkan bantuan pada masa yang
diperlukan.
"Menjadi tanggungjawab sosial yang sangat
penting bagi kerajaan Malaysia untuk menghulurkan pertolongan dan menawarkan
bantuan lain kepada negara berjiran dalam Asean, mengikut kemampuan dan
keupayaan kami" katanya.
Malaysia
berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan bebanan keempat-empat
kerajaan berkenaan dalam usaha mereka untuk memulihkan dan membangunkan semula
kawasan di wilayah yang terjejas teruk akibat banjir. Princess Samdech Reach
Botrei Preah Anoch Norodom Arunsamy mewakili Kemboja, U Tin Lat mewakili
Myamnar, Laos oleh Khamphan Anlavan dan Filipina pula oleh Jose Eduardo E.
Malaya III.
Lebih
1,000 orang dalam wilayah terbabit terkorban dalam banjir yang melanda
baru-baru ini, dengan yang terbaru di Filipina, manakala kerosakan jalan raya,
sekolah, dan jambatan dijangka mencecah berbilion-bilion ringgit.[4]Dengan
adanya sumbangan ini, sekurang-kurangnya dapat membantu Negara yang terlibat
untuk memulihkan infrasruktur dan menghulurkan bantuan makanan serta keperluan
kepada mangsa yang terlibat.
3.1.5
Globalisasi
Ekonomi: Kebergantungan ekonomi Malaysia antara Negara serantau
Dalam sistem ekonomi global, tiada Negara yang
mempunyai ekonomi yang lengkap. Setiap Negara perlu bergantung antara satu sama
lain demi mewujudkan keadaan saling melengkapi agar ekonomi lebih pantas
berkembang. Dengan itu, kekurangan dalam sesebuah Negara akan dapat ditampung
oleh kelebihan Negara yang lain. Sebagaimana Malaysia, Negara kita juga
memainkan peranan yang amat penting dalam membantu untuk membekalkan bahan
mentah seperti kelapa sawit, petroleum dan juga pelbagai lagi sektor pertanian
kepada Negara lain dan Asean khususnya. Walaubagaimanapun, kita juga masih
memerlukan kelebihan tenaga daripada Negara lain khususnya dalam Negara
serantau untuk menampung kekurangan di dalam Negara kita. Sebagai contoh:
-
Perkongsian
buruh dan tenaga pakar
• Kekurangan buruh
& tenaga pakar dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain.Contohnya
Malaysia bergantung kepada tenaga buruh dari Indonesia dalam sektor perladangan
dan pembinaan.
• Kemasukan buruh
Indonesia membolehkan sektor pembinaan berkembang dengan pesat manakala
Indonesia memperolehi keuntungan melalui pengaliran masuk mata wang Ringgit
hasil gaji/upah warganya yang bekerja dalam sektor tersebut di Malaysia.
• Selain itu
perkongsian pakar juga berlaku dgn meminjam tenaga pakar dari negara maju.
Keuntungan di perolehi melalui latihan dan R&D.
-
Kajian
kes: Ciri saling bergantung antara Malaysia dengan negara lain.
•
Malaysia amat bergantung kepada sumber bahan mentah, sumber kuasa dan sumber
makanan dari negara-negara lain. Contohnya, Malaysia bergantung kepada Thailand
untuk mendapatkan bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan.
• Bergantung kepada
Filipina untuk bekalan gula, Indonesia untuk bekalan beras.
•
Teknologi moden dari negara maju seperi Jepun, Korea, USA, Rusia dan lain-lain
untuk sektor perindustrian. Malaysia pula membekalkan minyak sawit dan getah
asli.
•
Malaysia bergantung kepada pasaran luar negara seperti AFTA, USA, Eropah, Asia
Pasifik dan lain-lain. Contohnya, produk alat penghawa dingin Malaysia amat
bergantung kepada pasaran negara Timur Tengah.
•
Pelaburan modal asing juga di perlukan oleh Malaysia untuk menggerak dan
memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dan lain-lain.
•
Tanpa modal asing Malaysia tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk menggerak,
menjana dan memperkasakan ekonominya.
•
Negara maju yang banyak melabur di Malaysia ialah seperti negara Jepun, Korea,
USA, England, Jerman dan lain-lain disamping pelaburan dari negara serantau
Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.
Secara tidak langsung, proses saling bergantung
diantara Negara Malaysia dan juga Negara serantau khususnya telah mewujudkan
satu jalinan ekonomi yang mampu untuk mencorakkan dan meningkatkan taraf
ekonomi antara Negara terlibat. Setiap kelebihan yang dimiliki oleh mana-mana Negara adalah
merupakan satu aset yang dapat membantu untuk menutup kelompangan yang terdapat
pada Negara lain. Jalinan ekonomi ini membuka ruang dan peluang kepada
Negara-negara serantau untuk meningkatkan dan meperluaskan pasaran ekonomi
masing-masing sebagai contoh, Malaysia memerlukan tenaga buruh dari Indonesia
dalam sektor pertanian dan pembangunan dan bahan mentah seperti beras. Secara
tidak langsung ianya telah membuka ruang kepada rakyat dan pengusaha di Indonesia untuk mencari peluang
pekerjaan di Malaysia serta memberi ruang kepada para pengusaha untuk
memasarkan produk mereka di Malaysia.
Ianya sejajar dengan matlamat penubuhan asean itu
sendiri iaitu, bekerjasama yang lebih berkesan dalam
penggunaan bidang pertanian dan industri. Meluaskan perdangangan termasuk
kajian masalah perdagangan barangan antarabangsa, memperbaiki
kemudahan-kemudahan pengangkutan dan
perhubungan dan meninggikan lagi taraf hidup rayat Negara-negara anggota.
***************************************************************************
4.1
Peristiwa yang menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan mana-mana
Negara Asean.
4.1.1
Tuntutan
Filipina ke atas Sabah
Ketika awal penubuhan Asean, hubungan
diplomatik di antara Malaysia dan Filipina kurang baik disebabkan tuntutan Filipina
terhadap sabah. Filipina tidak mahu
menggugurkan tuntutannya ke atas sabah lebih-lebih lagi dalam tahun berikutnya
iaitu pada tahun 1968. Pada tahun itu, Filipina telah melancarkan kegiatan
pengkhianatan terhadap Malaysia. Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih
khas menyusup masuk ke Sabah. Mereka ditugaskan untuk melakukan pengkhianatan
terhadap wilayah Malaysia itu. Boleh dikatakan, sepanjang tahun 1968 itu,
hubungan diantara Malaysia- Filipina adalah seperti “ ranjau di dalam daging”. Walaubagaimanapun, Malaysia meneruskan usaha
damainya dengan Filipina dan tidak berputus asa untuk mencari jalan
penyelesaian. Rundingan demi rundingan telah beberapa kali diadakan di Bangkok
namun semuanya gagal dan menemui jalan buntu. Malahan Filipina telah meletakkan
satu undang-undang dengan memasukkan Sabah sebahagian daripada wilayahnya.
Undang-undang ini telah dibuat melalui satu Akta Perampasan Sabah dan tindakan
tersebut telah menyebabkan terputusnya semula hubungan dilomatik antara
kedua-dua buah Negara.
-
Tuntutan berlarutan
Akibat daripada persengketaan itu, kegiatan
ASEAN telah terhenti buat seketika. Sungguhpun Malaysia telah menyambung
kembali hubungan diplomatiknya dengan Filipina beberapa tahun kemudian, namun
tuntutan Filipina tehadap sabah masih tidak digugurkan. Tuntutannya berlarutan
hingga tahun 1991. Pada Ogos 1977, Presiden Marcos iaitu presiden kepada
Filipina telah berikrar akan mengugurkan tuntutan itu ketika Sidang Ketua Kerajaan ASEAN di
Kuala Lumpur. Bagaimanapun, ikrar itu tidak dikotakannya. Tuntutan Filipina itu
merupakan “duri dalam daging”
hubungan Malaysia- Filipina malahan dalam hubungan Negara-negara Asean
seluruhnya.[5]
Kemasukan
pelarian Vietnam ke Malaysia
Pada tahun 1978, Malaysia telah dikejutkan dengan
kemasukan pelarian daripada Vietnam. Kemasukan pelarian Vietnam ini
membimbangkan kerajaan kerana kemungkinan ada dikalangan pelarian ini yang
terdiri daripada komunis. Kerajaan khuatir sekiranya mereka menjalankan
kegiatan yang subversif apabila mereka mendarat di Negara ini. Kemungkinan
besar juga berlaku kegiatan-kegiatan penyeludupan senjata api ke Negara ini.
Inilah yang membimbangkan pihak berkuasa.
Walaubagaimanapun,
sejak tahun 1978 lagi, Negara kita telah mengambil pendirian tegas dalam hal
ini walaupun amat mengambil berat tentang kebajikan dan berperikemanusiaan
dalam menangani isu pelarian ini. Ini berikutan dengan ketibaan kapal kargo Hai
Hong di pelabuhan klang. Kejadian ini berlaku dalam bulan November tahun
tersebut. Apa yang menjadi isu ialah muatan kargo yang sepatutnya diisi dengan
barang telah diisikan dengan sekumpulan manusia yang merupakan rakyat yang
tidak diingini oleh Vietnam. Mereka juga tidak mahu tinggal di bawah
pemerintahan komunis Negara mereka.
Sebelum
peristiwa ketibaan kapal Hai Hong ini, iaitu pada tahun 1977, Malaysia telah
menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam supaya kedua-dua
Negara dapat memupuk persahabatan. Dengan adanya hubungan persahabatan yang
baik, Kuala Lumpur akan menjadi ‘pendorong’ kepada hubungan baik dengna
Negara-negara Asean yang lainnya. Bagaimanapun, niat baik kita untuk membantu
Vietnam telah dibalas dengan perbuatan yang menghampakan kita. Negara itu telah
mengambil kesempatan dengan niat baik Malaysia dengan mengeskportkan rakyatnya
yang menentang pemerintahan komunis.
Dato’
Tun Hussein Onn telah memberikan amaran keras kepada Vietnam dan Malaysia tidak
teragak-agak memutuskan hubungan diplomatik jika Negara itu terus mengancam
keselamatan Negara kita. Walaubagaimanapun, amaran itu tidak diendahkan oleh
Vietnam dan Malaysia terpaksa menarik balik semua bantuannya terhadap Vietnam.
Hubungan Malaysia dan Vietnam bertambah tegang namun Malaysia tidak memutuskan
hubungan dengan Negara itu demi untuk mengekalkan saluran hubungan. Ini kerana
Negara kita masih menaruh keyakinan ia akan menjadi saluran bagi menyelesaikan
masalah berbagai-bagai masalah terutamanya masalah yang berbangkit dari
sengketa Kampuchea.[6]
Rumusan
Sebagai
konklusinya, antara matlamat penubuhan ASEAN itu sendiri itu adalah untuk membina
kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara dan mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan di rantau ini. Ia
dijayakan melalui usaha dan tindakan bersama dengan semangat persamaan dan
perkongsian. Langkah-langkah ini sebagai usaha mengukuhkan asas untuk sebuah
masyarakat yang aman, makmur di Negara-negara Asia Tenggara.
Secara
tidak langsungnya, Malaysia telah memainkan banyak peranan dan sumbangan yang telah mewujudkan
strategi efektif dalam melakar dan
meningkatkan corak ekonomi yang berkembang dengan pesat serta penuh inovatif.
Usaha Malaysia yang pelbagai dalam mengembangkan taraf ekonomi telah memberi
galakan dan peluang kepada Negara serantau untuk turut sama dalam menaik taraf
ekonomi Negara masing-masing. Hakikatnya, Malaysia adalah sebuah Negara yang
amat mengambil berat mengenai perkembangan dan kebajikan Negara serantaunya dan
cukup perihatin dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan disaat memerlukan.
Bagaimanapun,
terdapat beberapa peristiwa yang pernah mencalarkan hubungan diplomatik antara
Malaysia dengan beberapa Negara ASEAN sebagaimana yang telah dibincangkan
didalam tugasan ini. Pun begitu, setiap permasalahan yang timbul, Malaysia sentiasa berusaha untuk
mencari jalan penyelasaiannya demi mengekalkan kelansungan hubungan antara
Negara ASEAN dan demi mewujudkan kerjasama dan keamanan sejagat.
[3] http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=asean2005&y=2005&dt=1212&pub=asean2005&sec=Rencana&pg=ar_01.htm
[5]
Mokhtar A. Kadir 1991, Keamanan Sejagat, (Naz Sdn. Bhd: Kuala
Lumpur, h.48,49)
[6]
Mokhtar A. Kadir 1991, Keamanan Sejagat, (Naz Sdn. Bhd: Kuala
Lumpur, h.74,75,76)
Subscribe to:
Posts (Atom)