Wednesday, 19 December 2012

Asperger's Syndrome


What Do You Know About Asperger's  Syndrome ??

Is it same with Autism ??

Let's have some knowledge about it... :)


Albert Einstein is the poster-boy for Asperger's Syndrome-  And he was The mark of a genius

Monday, 17 December 2012

The World Of Autisme




The Misunderstood Child ♥


I am the child that looks healthy and fine.
I was born with ten fingers and toes.
But something is different, somewhere in my mind,
And what it is, nobody knows.

I am the child that struggles in school,
Though they say that I'm perfectly smart.
They tell me I'm lazy -- can learn if I try --
But I don't seem to know where to start.

I am the child that won't wear the clothes

Which hurt me or bother my feet.
I dread sudden noises, can't handle most smells,
And tastes -- there are few foods I'll eat.

I am the child that can't catch the ball

And runs with an awkward gait.
I am the one chosen last on the team
And I cringe as I stand there and wait.

I am the child with whom no one will play --

The one that gets bullied and teased.
I try to fit in and I want to be liked,
But nothing I do seems to please.

I am the child that tantrums and freaks

Over things that seem petty and trite.
You'll never know how I panic inside,
When I'm lost in my anger and fright.

I am the child that fidgets and squirms

Though I'm told to sit still and be good.
Do you think that I choose to be out of control?
Don't you know that I would if I could?

I am the child with the broken heart

Though I act like I don't really care.
Perhaps there's a reason God made me this way --
Some message he sent me to share.

For I am the child that needs to be loved

And accepted and valued too.
I am the child that is misunderstood.
I am different - but look just like you.


~By Kathy Winters



Sunday, 9 December 2012

Pengasuh... Luar Biasa Perananmu...!


 


 "...Sekujur tubuh terduduk sayu diatas kerusi...Kaki kanan dan tangan kirinya leka menyorong katil untuk mendodoi  si kecil...manakala   peha kanan pula tak lekang dari memangku seorang budak...semata-mata untuk menenangkan hati anak2 yang sedang menangis itu..."

Begitulah keadaan seorang pengasuh di sebuah Nursery tatkala pengasuh lain sedang sibuk menguruskan anak jagaan masing2... ...kebetulan ketika itu ...muncul seorang kelibat dimuka pintu Nursery...seorang Ustaz datang untuk menghantar anaknya sebelum bergegas ke sekolah....menyedari akan keadaan itu..; si pengasuh tadi meminta maaf...kerana tidak dapat meyambut dan memberi layanan yang terbaik kepada ustaz tadi...memandangkan tulang empat kerat sudah sarat dengan tugasan...hendak bergerak ke kiri dan kanan pun payah..apatah lg hendak berdiri....jika ditnggalkan anak-anak ini pasti akan menangis...


Ustaz tadi tersenyum tanda memahami lalu berkata.. " Allah akak...tak mengapa... bila tengok macam ni...tersentuh hati saya...siapa lagi yang nak jaga anak2 ni kalau bukan pengasuh2 disini...besar pahalanya kak...bila lapar kamu lah yg beri mereka makan..senangkan hati mereka bila nangis...basuh dan bersihkan mereka bila buang air kecil/besar...Allah...tak kisahla org nak kata apa...atau orang nak pandang rendah...yang pastinya, bukan mudah nak menjaga budak2...apatah lagi anak2 orang....jangankan dua....anak seorang pun sudah cukup memeningkan kepala untuk mengurus karenahnya...inikan pula anak2 yang sebegini ramai...kalau ada sepuluh...sepuluh jenis karenah la kena handle....hanya orang2 yang LUAR BIASA dan kuat hatinya sahaja yg boleh melakukan perkara2 seperti ini.....tak ramai orang yang mampu dan sanggup melakukan kerja2 mcm ni...akak tak perlu risau...Besar pahalanya kak....walau kadang ada manusia yg pandang rendah terhadap kerja sebagai Pengasuh...hakikatnya ia sangat2 mulia disisi Allah....sebab yang kita jaga itu adalah NYAWA....."


Mendengar kata2 daripada Ustaz itu....hati si pengasuh tadi rasa tersentuh...terasa pengorbanan yang dilakukan itu dihargai.....rasa diri ini diberi satu suntikan semangat utk melakukan kerja dngn sehabis baik....ya....memang kadang2....ada dikalangan orang/ibu bapa yang tak memahami...dan kurang memahami...apa yang mereka harapkan adalah kesempurnaan..nak semuanya PERFECT. Hakikatnya....pengasuh juga adalah seorang manusia....tahu rasa letih...dan adakala tak lepas dari melakukan kesilapan......kadang2...sesetangah mereka tak cuba untuk faham...mahunya anak itu sentiasa diberi tumpuan lebih..sedangkan ramai lagi anak2 lain yg perlu diberi perhatian juga..... satu lagi sikap yg adakala bagi sy perlu diberi perhatian....YA, memang parents bayar setiap bulan utk yuran jagaan anak2.....tp itu bukan alasan agar kita boleh sesuka hati untuk mengambil anak2 sehingga terlalu lewat..adakala sehingga waktu yang sepatutnya digunakan utk mengurus diri, keluarga dan ibadah juga terganggu..sekali sekala mungkin masih boleh diterima..tak salah....tp kalau hampir setiap hari..?? Fikirkanlah.... :)


Apalah salahnya kalau kita mengambil anak2 itu dengan lebih awal.... kasihan mereka....setiap hari masa mereka lebih banyak bersama pengasuh berbanding ibu dan ayah....mereka juga rasa rindu....rindu dengan pelukan dan layanan ibu/ayah......tk rugi kalau kita berkorban untuk anak2....apa yang anak2 perlukan sebenarnya adalah ibu dan ayah....ya memang saya akui....memang penat bekerja....dan bila penat pastinya memerlukan waktu untuk berehat....tapi janganlah terlalu 'Demand' sehingga terabai tanggungjawab dan tidak memahami situasi orang lain...tak rugi untuk meluangkan masa bersama anak2....fikirkan....kenapa Allah hadirkan anak2 dalam hidup kita...Allah...kurniakan mereka sebagai rezeki...mereka adalah rahmat.... & sebagai tanda kita bersyukur...kita asuh..didik & sayang mereka dngn sebaiknya....tanda kita sayang adalah apabila kita sanggup berkorban masa untuk anak2......syukurlah bagi mereka yang benar2 memahami.. dan beruntunglah bagi yang benar2 menghayati.. :)

Jom Mengenal Penyakit Autisme ( ^ ^,)v


Bismillahirrahmnirrahim...


Alhamdulillah..setelah hampir tujuh bulan menamatkan pengajian sesi Diploma di Kolej Universtiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), kini saya sedang mengorak langkah untuk menimba pengalaman demi memenuhi masa lapang daripada terbuang begitu sahaja... sementara mencari peluang dan rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah..insyaAllah.. :) . Seperti biasa pada waktu2 cuti semester ketika masih belajar, pekerjaan yang menjadi pilihan untutk mengisi masa dan ruang adalah menjadi pengasuh di Nursery...antara Nursery/ Taska yang pernah menjadi tempat untuk mencurahkan bakti yang tidak seberapa ialah Tadika/Taska Permata Ummi Kg.Melayu Subang dan juga Tadika/Taska Delima Ilmu Subang Bestari...kedua2nya memberikan pengalaman bermakna yang berbeza didalam hidup saya. Dan kini, segala pengalaman yang pernah ditimba di kedua2 taska tersebut kucuba terapkan pula di  Rhyn Nursery. Nursery yang telah dibuka oleh mak cik saya sendiri.

Namun.. saya tidak berfikir untuk mengulas lebih panjang mengenai pengalaman sepanjang berkhidmat disitu. Tapi, apa yang menarik di Nursery ini yang ingin saya kongsikan bersama adalah dengan kehadiran 4 orang anak-anak istimewa yang mana masing-masing menghidapi penyakit Autisme, Down Syndrom, Cerebral Palsy dan Myopathy. Mungkin bagi penyakit Down Syndrom sudah sinonim dalam kehidupan kita kan..?? :) Tapi mungkin tidak bagi penyakit Autisme , Cerebral Palsy dan Myopathy .. dan saya yakin masih ramai yang  tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu mengenai penyakit istimewa ini...dan saya merasakan ilmu serta kesedaran tentangnya perlu diperluaskan lagi.....agar ianya tidak menjadi perkara asing dalam kehidupan kita (^^;)

Pun begitu, di dalam slot ini, saya lebih tertarik dan ingin memfokuskan perbincangan mengenai penyakit istimewa Autisme. Sejenis penyakit yang banyak melanda  dikalangan kanak2. Peratusnya kian   meningkat namun tidak ramai yang menyedari dan mengetahui tentangya. Pertama kali saya mendengar tentang penyakit ini adalah ketika mula berkhidmat di Tadika Peramata Ummi (mungkin klu tidak kerana bekerja disitu..sampai skrg masih tak thu.. :) )..salah seorang ibu lepada kanak2 disitu memberitahu bahawa anaknya disyaki menghidap Autisme..(sebab kemampuan bertutur agak lambat walaupun umurnya sudah  hampir mencecah 4 tahun) namun Alhamdulillah..setelah melakukan dan mengikuti beberapa kelas terapi..anaknya disahkan normal..cuma hanya sedikit lambat untuk belajar bertutur...sejak itu, lahir rasa ingin tahu dalam diri saya untuk lebih memahami dan menyelongkar mengenai penyakit Autisme ini...Oleh itu, timbul satu inisiatif dan kesedaran dalam diri saya untuk mengajak para pembaca agar bersama-sama menerokai dan mengenali penyakit istimewa ini...mungkin tidak penting bagi sesetengah pihak...tapi bagi saya adalah amat penting untuk kita mengetahuinya :) sekurang2nya kita dapat memahami apa itu penyakit Autisme sebenarnya... :)

Saya hanya akan membuat huraian secara ringkas bagi memudahkan pemahaman para pembaca berdasarkan maklumat yang saya petik daripada  beberapa website mengenai Autisme...( Link website turut disertakan sebagai rujukan dan bagi kupasan yang lebih lanjut.) Beberapa point saya akan cuba kaitkan dengan pengalaman dan pemerhatian yang telah saya lakukan ke atas seorang kanak2 Autisme di Rhyn Nursery: Puteri Damia :)
 _________________________________________________________________________________

APA ITU AUTISME ??




AUTISME- Always Unique..they Totally Interesting but Sometimes so Mysterious to be usnderstand.. :)

-LOVE THEM, KNOWING THEM N WALK WITH THEM-


Definisi AUTISME :

Autisme membawa maksud satu gangguan dimana kanak-kanak mengalami masalah didalam interaksi sosial dan komunikasi (lisan/bukan lisan), tingkah laku terhad dan berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar. [cth:kipas. ]
_________________________________________________________________________________

Pada USIA bilakah penyakit ini dapat dikesan ??

Biasanya, simptom penyakit ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.
---> http://www.nural.com.my/BM/autism.html,

( Seperti Mia, ibunya hanya dapat mengesan anaknya menghidap Autisme ketika Mia berusia 4 tahun...ini kerana ketika bayi Mia kelihatan sangat NORMAL dan membesar sepertimana kanak2 lain...simptom hanya mula kelihatan sangat ketara apabila Mia mencecah umur 4 tahun..)

_________________________________________________________________________________

Apakah SIMPTOM2 Autisme ??

Simptom2 AWAL Autisme: ----> http://www.excelqhalif.com/2012/09/23/kenali-petanda-anak-autisme/




Kesukaran Berinteraksi --> tanda UTAMA dalam Autisme. Seawal bayi lagi, kanak-kanak yang menghidapi masalah Autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.

Mereka gagal memberi respon apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ia mudah. Ini kerana mereka gagal mentafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan.( Sepertimana Mia, ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Nursery, dia tidak memberikan respon apabila namanya dipanggil....dan tidak menjawab apabila ditanyakan soalan..namun Alhamdulillah.. selang beberapa bulan berada di Nursery..Mia sudah boleh memberikan respon apabila namanya dipanggil..dia akan berpaling ke arah kita setelah beberapa kali namanya dipanggil.. cuma kebolehan untuk berinteraksi/komunikasi tidak ada)


Mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.--> Tidak suka bermain dalam kumpulan, lebih suka berada dalam 'dunia' mereka sendiri, kadangkala ketawa,dan mencedarakan diri tanpa sebab, menjadi agresif apabila ditegur untuk berhenti. (Mia tidak suka bermain didalam kumpulan..dia lebih suka mundar-mandir didalam nursey dan selalunya [non-stop movement]..sentiasa berjalan..hanya akan berhenti seketika kemudian mengulang kembali perilakunya dan adakala mia akan ketawa ...suka menghempas pintu...menendang dinding ...dan akan marah apabila ditegur...menangis dan muram apabila inginkan sesuatu...)


Mereka tidak suka perubahan samada drastik/tidak, terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. (Kadang2..Mia akan nangis atau marah apabila tiba ke Nursery.....walaupun sebelum tiba moodnya dalam keadaan baik...Mia juga tidak suka dipaksa seperti makan,baring,tidur atau mandi...dia kadangkala akan bertindak agresif seperti memukul..menangis dan menjauhkan diri...)



Uniknya, ada sebahagian daripada mereka kurang sentsitif terhadap rasa sakit namun lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa).Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk. (Seperti Mia...mia akan tetap berjalan walaupun dikakinya ada luka..tidak akan menjerit apabila luka/lebam pada tubuhnya disentuh...namun mia tidak suka dipeluk..dan kadangkala menjauhkan diri apabila kita cuba mendekati...)


Gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau menghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. (Mia gemar meletakkan tapak tangannya ke mulut kemudian memutarkan rambut..perbuatan itu akan dilakukan berulang kali setiap hari....dia juga gemar memusing-musingkan badannya...memukul pintu dan adakala menyebut perkataan pelik yang tidak difahami berulang kali cth: shalah..mia..shamia...syudah..)


Mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. ( Apabila mia menginginkan sesuatu...atau tidak selesa..dia akan menyebut perkataan 'Mia'..berulang kali),