Sunday, 1 December 2013

Dirimu ditakdirkan untukknya...


Bersedia menerima sesuatu...bermakna harus bersedia utk melepaskan..tiada apa yg abadi dalam hidup ini..hatta jasa ini sekalipun..semuanya hanyalah pinjaman semata2...dan JIWA...tetaplah yakin dan percaya...Allah telah merncanakan sesuatu yg lebih baik buat dirimu....dan tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia2... :)

Monday, 5 August 2013

Merancang Kehidupan Rumahtangga untuk menggapai tiket ke Syurga :)

Renungan Buatmu HAWA...




...Rumahtangga....jika kita pandai mengolah dan memandunya....bisa jadi sebuah taman bunga yang harum dan indah....namun jika kita alpa dan goyah dalam menjaganya...ianya bisa jadi sebuah kuburan yang kelam lagi suram....maka pilihlah antara dua persimpangan... Syurga Allah..atau nerakanya.. :) bagi si suami....usah biarkan yanng dikejar berterbangan...yang dikendong berciciran...hargailah kelebihan dan keistimewaan...cintailah da syangilah kekurangan.. ISTERI...adalah amanah buatmu...

Betapa isteri mengeluh kerana perangai suami yang tidak tahu agama. Semoga yang belum
berkahwin bukan hanya niat kahwin kerana pandangan masyarakat tetapi anggap perkahwinan demi agama dan keredhaan Allah. InsyaAllah mendapat jodoh yang baik jika kita wanita baik. Bagi muslimat yang tidak menjaga aurat.., solat dan pergaulan.. bayangkan
 lelaki yang macam mana yg ingin memperisterikan kita. Mahukah ia seperti kita juga?? Lelaki yang baik akan mencari wanita yang baik...

Utk mendapat jodoh yang baik bukanlah kita cantikkan fizikal yg sementara tetapi cantikkan keimanan dan peribadi. Semoga kita audit diri dan bakal suami atau isteri utk mengelak masalah di kemudian hari. Rancanglah hidup selepas kahwin utk menggapai tiket ke syurga dan bukannya neraka...  Para isteri yang ingin berkongsi masaalah dan meminta pertolongan sila lihat diri.. perbetulkan diri.. kerana semua masalah bermula dari cara kita berfikir dan bertindak. Maka perbetulkan fikiran dengan ilmu agama dan insyaAllah masalah akan dapat diselesaikan bila hubungan dengan Allah mantap.

Jangan mahu menyalahkan sesiapa dan ingin mengubah orang tetapi lihat diri dan ubah diri. Kurangkan menonton perkara duniawi tidak berfaedah sebaliknya dengar, tonton dan baca ilmu ugama. Selepas bertahun belajar tinggi tetapi tidak bahagia.. kerana ilmu dipelajari harus diniatkan utk beri manafaat bukan utk kebanggaan. Semoga kita perbetulkan niat dalam setiap amalan. Jika bukan kerana Allah semua sia sia. Bila berpakaian bayangkan syaitan gembira atau tidak. Jika membuka aurat syaitan bertepuk tangan dan semakin menjadi kawan. Semoga kita diberi kekuatan buat perubahan. Jika anak degil lihatlah kedegilan kita dengan Allah.. - { Prof. Dr. Muhaya}



- Membina Masjid Taqwa -

...Sungguh..ku tahu...membina sebuah masjid itu bukanlah semudah yang disangka..


..jika hati tidak bersedia...mana kan mungkin lahir masjid yang utuh dan indah....
..Dibina ia atas dasar iman dan Taqwa...
..Bukanlah kerana tuntutan nafsu semata..atau kerana tuntutan kata manis dan janji setia...
....Namun kerana ingin menggapai redhaNya...
..Agar kita bisa beribadah dengan tenang didalamnya..

.. Bermusyawarah dan bertadabbur ilmu bersama...

..Lalu dengannya..hadirlah ramai jemaah...
..Ibarat kupu-kupu syurga yang menghiasi...


...Pemangkin ummah khalifah Allah...
...Semoga dengannya...kita mampu menggamit tiket ke syurga...
Menjadi mercu tanda... Bukti cinta sebenar...Lillahi Ta'aala...







...Tentang bagaimana keadaan masa depanmu...ianya bermula daripada sekarang....maka jangan segan untuk lakukan perubahan...kerana air yang bertakung...jika dibiarkan lama...akan menjadi keruh dan tidak mampu memberi manfaat kepada manusia...maka jadilah seperti air jernih yg sentiasa mengalir...yg mampu memberi manfaat kepada seluruh alam sejagat.. :)

~ Annis @ sykin ~_ Nur Ilmi

Friday, 19 July 2013

Bahagia itu ada dalam hatimu..ketenangan itu ada pada Allah.. :)


Kadang.., kita melihat seseorang dikelilingi sahabat-sahabat terasa alangkah bahagianya dia, tapi kita tak pernah tahu rupanya dia dahagakan kasih sayang keluarga...

Kadang, kita melihat pasangan suami isteri terasa alangkah indahnya boleh menikah awal-awal tanpa kita tahu mereka terkadang mencemburui kehidupan bujang yang boleh ada ruang privasi sendiri....

Kita melihat 'bahagia' pada orang lain sehin
ggakan kita lupa sebenarnya kita yang tidak nampak kebahagiaan dalam kehidupan sendiri. Kita asyik melihat orang sehingga terlupa melihat dan merenung diri sendiri.....

Ambil pen dan kertas, tulislah berapa banyak nikmat yang Allah beri pada kita. Automatik kita akan sedar betapa beruntungnya kita dan anda pasti rasa bahagia..,.. ^__^



La Tahzan...surely Allah with us.. (At-Taubah: 40 ) :)



* Jika seseorang hamba tidak lagi mudah menangis kerana takutkan kekuasaan Allah...maka menangislah akan ketidakmampuan itu,..

-Annis@sykin_NurIlmi-